PARA PESERTA DIMINTA MEMBACA TERMA DAN SYARAT INI SEBELUM MEMBUAT PENDAFTARAN.
Terma dan Syarat serta info penting :
1) Pembayaran yang telah dibuat TIDAK BOLEH dituntut semula (refund) sekiranya berlaku sebarang kesulitan di pihak peserta (tidak dapat hadir dan lain-lain sebab daripada peserta).
2) Pembayaran bagi siri ini juga TIDAK BOLEH di bawa (forward) ke siri lain. Tiket ini hanya SAH untuk seminar seperti maklumat yang tertera di borang ini sahaja.
3) Seminar ini hanya dianjurkan secara on-site/fizikal/bersemuka sahaja. TIADA seminar di dalam talian (online).
4) Rakaman seminar tidak disediakan. Peserta juga TIDAK DIBENARKAN membuat sebarang bentuk rakaman peribadi sepanjang seminar berlangsung.
5) Peserta TIDAK BOLEH membawa bayi atau anak kecil di bawah 12 tahun, bagi memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh pemilik premis dan untuk memastikan keselesaan semua peserta sepanjang program berlangsung. Kanak-kanak berusia 13 tahun ke atas boleh menyertai seminar ini dengan pendaftaran seperti biasa.
6) Nota seminar TIDAK DISEDIAKAN. Peserta akan diberikan e-workbook melalui email sekurang-kurangnya 2 hari sebelum seminar berlangsung.
7) Pihak penganjur akan menyediakan air mineral, makanan ringan dan makanan tengahari kepada semua peserta yang mendaftar.
8) Sila pastikan anda telah memasukkan butiran peribadi yang lengkap dan betul semasa membuat pendaftaran. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan dalam butiran yang diberikan oleh peserta yang mungkin mengakibatkan anda tidak mendapat maklumat berkaitan seminar.
10) PENTING : Sila pastikan anda menyertai Group Whatsapp yang disediakan (link akan diberikan setelah pendaftaran berjaya) bagi mengelakkan sebarang keciciran maklumat penting berkaitan seminar.
Kami mengucapkan Jazaakumullahu khayra di atas penyertaan dan kerjasama daripada pihak peserta.
Sekian, terima kasih.